Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Perjumpaan eratkan hubungan persahabatan NBD, Thailand
29/04/2024

hm_2904246.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada petang tadi berkenan berangkat ke Dusit Palace, Bangkok bagi menghadiri Majlis Perjumpaan bersama His Majesty King Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, King of the Kingdom of Thailand; dan Her Majesty Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana sempena Keberangkatan Rasmi ke Bangkok, Thailand. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Majlis Perjumpaan berkenaan juga turut dihadiri oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin. 

Majlis Perjumpaan berkenaan antara lainnya bertujuan bagi mengukuhkan lagi hubungan persahabatan antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand yang sudah lama terjalin serta memberikan wadah Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersua dan beramah mesra bersama His Majesty dan Her Majesty dalam mengeratkan tali hubungan muhibah dan silaturahim antara kerabat diraja kedua-dua buah negara.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​